Tan Sri Tunku Abdullah

Tunku Panglima Besar Tunku Tan Sri Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman adalah Presiden kedua MAYC.

YAM Tunku adalah Pengasas dan Pengerusi Melewar Industrial Corporation dan telah meninggal dunia pada 20hb Ogos 2008 ketika berumur 83 tahun.

Lebih terkenal dikalangan socialite ibu kota YAM Tunku adalah adek kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agung dan Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan Tuanku Jaa’far.

Tunku Abdullah, juga dikenali sebagai Charlie, adalah seorang yang amat periang, berhati penyayang dan juga seorang “ royal who enjoyed life to the fullest.”

Semasa hayatnya YAM Tunku menikah sebanyak enam kali dan kecapaian ini belum pernah dapat disaingi oleh mana-mana pemimpin MAYC.

Tunku Abdullah adalah putera kedua YAM Tuanku Abdul Rahman and Che Maimunah.

Dilahirkan pada 2hb May 1925 di Kuala Pilah, Tunku Abdullah berkahwin dengan Tunku Zaharah Tunku Zakaria pada tahun 1946, Che Engku Ho Yuzin (1959), Che Engku Khatijah (1966), Che Engku Chesterina (1973), Che Engku Maimunah (1991) and Che Engku Rozeeta (1997).

Ini bererti YAM Tunku menikah dengan dua gadis Melayu, seorang China, seorang Europah, seorang Jepun dan seorang Eurasian.

Ho Yuzin berbangsa China , Che Khatijah’s adalah Kathryn Heather Barbara Martin, Chesterina Sim Zecha adalah Eurasian sementara nama asal Maimunah adalah Yuko Shima.

Almarhum Tunku meninggalakan sembilan orang anak dan 17 orang cucu.

Tunku Abdullah mendapat ijazah dalam Pentadbiran Awam dari University of Glasgow dan mempunyai diploma in agriculture dari Miyazaki University, Jepun.

Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam selama 10 tahun sebelum memasuki politik sebagai ahli Parlimen Rawang dari 1964 hingga 1974.

Disamping Melewar Industrial Group beliau juga Pengerusi MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.

Di Ibu Pejabat MAA sebuah restaurant/pub diberi nama Charlie’s Reserve untuk memperingati beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: