Sambutan hari lebaran meriah

Umat Islam di Malaysia hari ini menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama-sama keluarga.

Tradisi rumah terbuka terus diadakan ketika negara terus menikmati keamanan, keharmonian serta dilimpahi kemakmuran.

Di setiap pelusuk negara, masjid menjadi tumpuan jutaan muslimin untuk menunaikan sembahyang Aidilfitri pada pagi Syawal selepas genap sebulan berpuasa.

Budaya balik kampung, satu ciri penting bagi memelihara hubungan antara mereka yang menetap di bandar dan kawasan maju dan mereka yang mengekalkan tradisi, budaya dan cara hidup di luar bandar, diteruskan sehinggakan ibu kota Kuala Lumpur lenggang pada pagi hari lebaran.

Amalan mengadakan rumah terbuka, sesuatu yang lumrah di kalangan pelbagai kaum di Malaysia semasa sambutan hari kebesaran masing-masing,

Seperti kebiasaannya, beribu-ribu orang mengunjungi rumah terbuka Presiden Kelab Tan Sri Sanusi Junid di Jeumpa D Ramo, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur mulai jam 11.00 pagi.

Diantara veteran MAYC yang hadir di rumah terbuka tersebut adalah Dato Hassan Ariffin, Senator Datuk Akbar Ali, Maznah Abdullah dan ramai lagi ahli MAYC Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: