IFTAR PRESIDEN BERSAMA BLOGGERS

Seramai 20 orang bloggers terkemuka telah hadir di majlis berbuka puasa bersama Presiden Kelab Tan Sri Sanusi Junid malam tadi di Jeumpa D Ramo, Jalan Maarof, Bangsar.

Sebelum berbuka puasa Presiden telah bersembang-sembang dengan bloggers yang datang awal, mengenai berbagai isu semasa.

Selesai solat isyak telah diadakan solat terawih yang diimamkan oleh seorang ustaz dibawah khas dari Aceh.

Solat terawih yang pendek itu disusuli dengan satu perbincangan yang agak panjang diantara semua yang hadir.

Perbincangan berkisar disekitar isu-isu semasa terutama sekali mengenai perpaduan kaum dan integrasi nasional.

Anuar Mohd Nor (umno-reform2.com) yang paling lantang sekali memberikan berbagai pandangan. Beliau yang mewakili masyarakat UPU amat perihatin tentang kurangnya generasi muda menghayati kemerdekaan.

Presiden sempat menghubungi RPK melalui talipon untuk menanyakan kabar. Beberapa orang bloggers sempat bercakap dengannya yang berada dalam keadaan baik dan sihat disatu lokasi yang tidak diketahui.

Ketika menggulung perbincangan Presiden telah menyeru semua yang hadir untuk terus menulis dan menyuarakan pendapat mereka tentang semua perkara demi kebaikan bangsa dan ugama.

Beliau mempersilakan semua bloggers ke rumah terbuka aidilfitrinya pada Raya pertama mulai jam 11.00 pagi ditempat yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: