KE PANEL PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Perjumpaan MAYC Kebangsaan dengan Menteri Belia dan Sukan kelmarin di Putrajaya berkesudahan dengan perkara tersebut dirujuk kepada Panel Penyelesaian Pertikaian, Kementerian Belia dan Sukan.

Panel ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan akan dianggotai oleh  ROY dan beberapa anggota lain yang akan memanggil sidang dalam masa dua minggu lagi.

Keputusan ini diambil untuk memberi peluang terakhir kepada MAYC Lama untuk sama-sama menyelesaikan pertikaian ini.

Seramai 20 orang Exco MAYC Kebangsaan telah hadir diperjumpaan tersebut dan dikepalai oleh Presidennya Akhramsyah Sanusi.

Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan ditammatkan pada jam 5.00 petang.

Advertisements