PERJUMPAAN DENGAN ROY TERTUNDA LAGI

Satu perjumpaan diantara MAYC Kebangsaan dengan Pendaftar Pertubuhan Belia pada hari ini telah tertunda gara-gara MAYC lama tidak  berani bersekemuka dengan MAYC Kebangsaan.

Keadaan ini membuat ROY Encik Saadon bin Saruji menunda tarikh perjumpaan kesatu tarikh lain apabila MAYC lama sudah lebih bersedia.

Cara ini dianggap akan memberi ruang lama sedikit untuk MAYC lama dapat mengadakan AGMnya pada akhir bulan ini.

Walau bagaimana MAYC Kebangsaan terus  mendesak ROY untuk mengadakan perjumpaan tersebut.

Akhirnya Menteri sendiri bersetuju untuk berjumpa dengan MAYC Kebangsaan esok jam 2.30 petang di pejabatnya  di Putrajaya.

Kesempatan ini akan diambil oleh Exco MAYC Kebangsaan untuk mendapatkan kata putus dari Menteri berhubung dengan kemelut MAYC lama dan baru.

Advertisements