ROY HARUS AMBIL SIKAP TEGAS

Pendaftar Pertubuhan Belia telah memanggil satu mesyuarat dengan MAYC Kebangsaan Isnin ini untuk membincangkan kedudukan MAYC.

Ini adalah susulan daripada keputusan yang diambil di Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara yang telah diadakan Isnin lalu. Di mesyuarat itu YB Menteri Belia dan Sukan telah mengarahkan digantung keputusan yang telah dikeluarkan ROY tentang kedudukan MAYC sekarang.

Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan, Ahmad Ansor Batubara yang mengesahkan perkara ini berkata amat malang sekali MAYC lama tidak dipanggil bersama. Mengadakan mesyuarat berasingan akan menimbulkan berbagai masalah susulan.

Walau bagaimanapun MAYC Kebangsaan akan hadir untuk terus menerangkan kedudukan MAYC yang sebenarnya.

Terdahulu dari ini pihak ROY telah memberi jaminan dan galakan bahwa JKK MAYC Kebangsaan yang baru dilantik itu adalah sah kerana AGM yang diadakan itu juga sah.

Ahmad Ansor berharap ROY akan mengambil ketetapan yang tegas dan tidak bercanggah lagi dalam membuat keputusan kerana ini akan merugikan MAYC.

Esok adalah hari penyerahan sekretariat pusat di Wisma Belia kepada JKK MAYC Kebangsaan yang baru terlantik.

Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: