Prejudis Sebagai Gelanggang Politik Peribadi,

MAYC Mesti Selesaikan Segera Kemelut

Kemelut yang melanda Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) perlu dielakkan dari terus berpanjangan agar umum tidak melihatnya sebagai sebuah pertubuhan yang disalahguna sebagai batu loncatan untuk kepentingan politik peribadi.

MAYC sepatutnya memfokuskan matlamat penubuhannya bagi menjaya dan membangunkan belia negara dan bukan menjadi platform bagi menjalankan agenda tertentu yang merugikan semua pihak.

Mengulas perkara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hj Azman Shah Omar Shah berkata sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu-individu terbabit mesti mengelakkan diri dari meletakkan sebarang kepentingan mereka sebaliknya gigihkan mempergiatkan apa juga program yang boleh memberi manfaat kepada golongan belia.

�Matlamat MAYC adalah untuk membangunkan belia dan kemelut yang melanda pertubuhan itu pada hari ini perlu dielakkan bagi merealisasikan matlamat asalnya.

�Sebarang pertelingkahan yang berlaku tidak seharusnya dirumitkan dengan pelbagai karenah hingga mendatangkan prejudis orang ramai terhadap peranannya. Pihak yang terlibat dalam kemelut itu perlu segera mencari jalan penyelesaian terbaik dengan mengamalkan semangat pemuafakatan yang tinggi�, katanya.

Tegas beliau pertelingkahan yang melanda MAYC hanya merugikan golongan belia sahaja sekiranya sebilangan besar ahli MAYC mementingkan kedudukan dan jawatan semata-mata.

�Kita yakin, jika ahli MAYC mementingkan jawatan semata-mata program yang dirancangkan tidak akan mencapai matlamat disebabkan ahlinya tidak memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi.

�Oleh itu seluruh ahli MAYC perlulah bersatu demi kebaikan dan kemajuan golongan belia di negara ini�, ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Briged Putra Dan Remaja Pemuda UMNO berpendapat sebarang usaha untuk menjadikan MAYC sebagai batu loncatan untuk memajukan diri dalam politik merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

Jelasnya MAYC merupakan badan bebas dan tidak seharusnya dijadikan kuda tunggangan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi.

�Kita menyeru kepada semua ahli MAYC supaya bersatu padu dan mengenepikan sikap angkuh masing-masing.

�Utamakanlah perpaduan dan fikirlah masa depan belia kita supaya pertubuhan ini dapat menjana program yang lebih baik dalam membangunkan golongan belia sebagai pelapis pemimpin harapan negara�, katanya.

dari Blog Pemuda UMNO 27 December 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: