MBM dilantik penolong pendaftar pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (wakil pertubuhan) bagi membolehkan pertubuhan itu membantu mendaftarkan golongan belia sebagai pemilih.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata pelantikan itu juga membolehkan MBM membantu SPR daripada segi menimbulkan kesedaran kepada golongan belia akan kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

“MBM juga akan berperanan memberi penjelasan berhubung isu-isu berkaitan dengan pendaftaran pemilih dan juga perjalanan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan antara Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari ini.

Sabri berkata, sehingga suku pertama tahun ini, kira-kira 4.2 juta atau 37 peratus pemilih yang berdaftar dengan SPR adalah kategori belia iaitu berumur antara 21 dan 40 tahun.

Katanya, sehingga suku pertama tahun ini juga masih terdapat 4.3 juta atau 28 peratus warganegara yang layak belum mendaftar sebagai pemilih.

“SPR yakin bahawa MBM boleh memainkan peranan secara berkesan memandangkan MBM mempunyai rangkaian dengan belia-belia di peringkat negeri dan daerah di seluruh negara,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: