Yang muda ini akan tua juga

Generasi baby boomers iaitu mereka yang lahir selepas Perang Dunia Kedua mencorakkan pula era selepas itu, maka tahun 60-an mengubah budaya sejagat secara menyeluruh. Orang muda zaman itu menolak nilai-nilai orang tua.

Tetapi akhirnya mereka tua juga. Digantikan pula dengan generasi X, Y dan Z. Kesemuanya terlibat dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), komputer, Internet, telefon bimbit dan dunia sudah berubah.

Hakikatnya pula nikmat yang mereka kecap ini adalah hasil kreativiti dan usaha generasi terdahulu. Baby boomers yang mencipta komputer untuk generasi X, Y dan Z.

Generasi ini pula berbeza sangat dengan mereka yang terdahulu. Teknologi membuatkan jurang generasi begitu besar. Ia bukan saja mengubah pasaran ekonomi tetapi juga landskap politik dunia. Budaya juga berubah. begitu juga dengan pemikiran intelektual.

Di kalangan ahli perniagaan, segala produk mereka ditumpukan kepada orang muda. Ini kerana orang muda bukan saja merupakan pasaran terbesar tetapi membentuk pasaran akan datang. Mereka juga mempunyai keupayaan membeli dan kerana waktu yang masih muda, mereka boleh diikat dengan pelbagai cara melalui hutang dan pinjaman.

Maka dengan golongan perniagaan memikirkan pasaran orang muda, maka iklan untuk mempromosikan barangan mereka juga ditunjukkan kepada orang muda. Tentunya keadaan itu membabitkan media, kerana melalui medialah iklan disalurkan.

Maka media diingatkan bahawa hidup matinya bergantung kepada orang muda. Akhbar-akhbar dipenuhi dengan cerita dan cita rasa orang muda. Semuanya berusaha untuk memuaskan keinginan orang muda supaya mereka membeli akhbar.

Sejak berzaman-zaman, orang tua merupakan sumber bagi mendapatkan pengajaran. Kalau dalam masyarakat primitif dan kampung, orang tua bukan saja dihormati tetapi merupakan gedung ilmu. Mereka ialah arkib bagi masyarakat mereka. Sentiasa dirujuk untuk memberi pandangan, pendapat dan petua kepada anggota masyarakat.

Sebab itulah pemimpin dipanggil ketua. Begitu juga panduan disebut sebagai petua. Kesemuanya berkaitan dengan kepentingan orang tua.

Tetapi sekarang tidak. Sebaliknya orang tua yang meminta bantuan daripada orang muda untuk mendapatkan tunjuk ajar mengenai komputer dan gajet. Sebab itulah berusia 40 sudah tidak muda. Ini kerana mereka akan dikalahkan oleh golongan berusia 20 dan 30-an.

Tetapi adakah dengan pandai menggunakan peralatan teknologi, mereka sudah wajar diserahkan segalanya? Tidakkah setiap kali matinya seorang tua, dunia akan kehilangan pengalaman, sejarah dan kebijaksanaan yang tidak akan dapat dirujuk kembali?

Sememangnya masa depan milik orang muda. Tetapi buat sekarang milik semua lapisan usia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: