TIADA TEMPAT BAGI ORANG TUA

DALAM zaman teknologi maklumat ini, definisi orang tua bukannya 80 tahun ke atas. Itu dipanggil warga emas.

Jangan terkejut, orang tua didefinisikan terhadap mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Ini kerana orang muda hanya untuk mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun. Lagipun budak belasan tahun pun sudah dicadang supaya berkahwin.

Yalah, untuk mengelak kes membuang bayi. Kalau kahwin awal dan dapat anak, tidaklah dianggap anak luar nikah. Orang tua merekalah yang terpaksa menjaga anak-anak itu.

Anak-anak muda ini dipelihara macam menatang minyak atas dulang yang penuh. Pelbagai kemudahan diberikan supaya mereka akan menjadi orang dewasa yang baik.

Semua tumpuan negara diberikan kepada orang muda. Hinggakan seolah-olah tidak ada tempat bagi orang tua.

Dari kalangan pihak politik, ekonomi, perniagaan, media, kesemuanya ditumpukan kepada orang muda. Maka sepanjang hayat orang tua, hidupnya adalah untuk memberikan perhatian kepada orang muda.

Di kalangan politik, apa yang diambil kira ialah undi orang muda. Ini kerana undi orang muda boleh menentukan siapakah yang akan berkuasa di negara.

Maka tidak hairanlah dasar dan rancangan adalah untuk orang muda. Seolah-olah orang muda itu tidak akan tua. Sedangkan hakikatnya masyarakat terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Cumanya sekarang banyak kepincangan daripada keseimbangan tua dan muda. Di negara-negara maju, Jepun dan Eropah umpamanya terdapat banyak orang tua daripada orang muda. Siapakah yang akan menanggung mereka kelak apabila masyarakat terpaksa membayar banyak pencen tetapi tidak ada cukup orang muda untuk produktif.

Di tempat-tempat tertentu di Itali, bilangan kanak-kanak begitu kurang hingga banyak sekolah rendah ditutup kerana tidak cukup anak-anak bersekolah.

Apabila ada kanak-kanak dibawa masuk ke sesuatu kampung, maka berkerumunlah orang-orang tua untuk melihat mereka kerana sudah lama tidak melihat kanak-kanak.

Tetapi di Asia dan negara-negara membangun, bilangan orang muda jauh lebih besar daripada orang tua. Masalah besar mereka ialah orang orang muda ini bercita-cita tinggi dan mempunyai tenaga yang banyak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Oleh kerana komunikasi global sudah begitu meluas, maka orang muda di seluruh dunia mahukan kehidupan yang mewah seperti mana dinikmati di negara-negara maju.

Maka orang muda ini merantau dan mencari kehidupan yang lebih baik. Sementara yang kecewa dan gagal untuk memperoleh harapan kehidupan lebih baik, terlibat pula dengan jenayah atau terjebak dalam keganasan.

Dunia ditentukan oleh orang muda. Mereka yang berjuang menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua di banyak tempat di dunia. Pada masa itu banyak orang tua mati dalam perang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: