Bersara Pada Umur 55 tahun Perlu Dikembalikan

HAD umur bersara kakitangan kerajaan pada pandangan saya perlu dikembalikan pada umur 55 tahun kerana dengan cara ini kita mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita yang diungguli oleh golongan muda. Akibat daripada lanjutan umur bersara baru-baru ini.

Saya berpendapat seseorang yang berumur lebih daripada 55 tahun sudah tidak sesuai lagi untuk bekerja. Memandangkan menurut kajian manusia yang berumur 55 tahun akan mengalami situasi kurangnya motivasi diri dan prestasi kerjanya akan menurun.

Ini dapat dibuktikan dengan kalau kita berkunjung ke kedai-kedai kopi yang berdekatan dengan jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan, kita akan dapati golongan pekerja yang berumur 55 tahun ke atas banyak menghabiskan masa di kedai kopi berbanding di tempat kerja mereka.

Malah saya sendiri, pernah lihat golongan pekerja dalam lingkungan umur tersebut acap kali ke kedai kopi semasa waktu kerja bukan setakat sekali dua malah berkali-kali. Bagi saya keputusan kerajan untuk melanjutkan usia bersara kakitangan kerajaan adalah salah satu langkah yang silap.

Saya pun hairan kenapa Cuepacs memohon kerajaan melanjutkan lagi umur bersara kakitangan kerajaan sedangkan umur bersara pada 55 tahun sudah pun mencukupi dan tak perlu ditambah lagi.

Saya berharap selepas ini Cuepacs tidak lagi mengeluarkan cadangan supaya melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun kerana salah satu puncanya siswazah muda yang menganggur kerana kedegilan si tua bangka untuk bersara.

Cuepacs juga selepas ini diharapkan mengeluarkan cadangan-cadangan yang lebih relevan dan tidak menyusahkan siswazah muda yang ada sampai sekarang masih belum mendapat pekerjaaan.

dari HARIAN CAHAYA

Leave a comment