KAJIAN NILAI BUDAYA BELIA

oleh SARJIT S. GILL
W. A. AMIR ZAL WAN ISMAIL

Belia sering dilaung-laungkan sebagai aset bernilai kepada negara dan menjadi harapan nusa bangsa menuju kemajuan khususnya merealisasikan Wawasan 2020. Belia diasuh dan disosialisasikan dengan nilai budaya yang telah diwarisi secara turun menurun oleh generasi sebelum ini.

Nilai budaya dijadikan ukuran dalam kehidupan belia bagi memandu mereka berinteraksi dan bertingkah laku dalam masyarakat umum. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan amalan nilai budaya, nilai budaya pilihan dan keutamaan nilai di kalangan belia Malaysia dalam merangka dan bertindak mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju dan progresif.

Reka bentuk penyelidikan yang dipilih dalam kajian ini adalah penyelidikan deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini telah dijalankan di dua zon utama, iaitu zon tengah (Selangor dan Kuala Lumpur) dan zon selatan (Negeri Sembilan dan Melaka). Seramai 500 orang belia terlibat dalam kajian ini.

Setiap zon yang dikenal pasti mewakili 125 orang belia. Responden tersebut dibahagikan kepada dua kategori umur, iaitu kategori A belia yang berumur 18 hingga 28 tahun dan kategori B mewakili belia yang berumur 29 hingga 40 tahun.

Hasil kajian ini secara umumnya menunjukkan bahawa majoriti daripada responden mempunyai persepsi yang positif terhadap nilai budaya yang biasa diamalkan. Manakala tahap pengamalan nilai budaya, belia mengamalkan nilai budaya pada tahap sederhana.

Bagi nilai budaya sejagat, hasil kajian secara umumnya menunjukkan nilai amanah dipilih oleh majoriti belia Malaysia. Secara ringkas, nilai budaya belia akan terus berubah mengikut peredaran masa.

Oleh itu, semua pihak bertanggungjawab dalam memperkasa nilai budaya belia agar mereka tidak terus alpa dalam mengejar pembangunan material semata-mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: