PENYERAHAN DOKUMEN SERAH TUGAS

Tan Sri SYED Hamid Albar telah menyerahkan dokumen serah tugas jawatan Presiden MAYC kepada Presiden Penaja pertubuhan itu, Suraya Yaakob di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 7 November 2009.

Presiden Penaja Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan, Suraya Yaakob hari ini secara rasmi mengambil alih tugas-tugas presiden daripada Tan Sri Syed Hamid Albar yang menerajuinya sejak tahun 2000.

Pengambilalihan itu berikutan pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang mewajibkan persatuan belia diterajui belia tidak melebihi usia 40 tahun.

Majlis penyerahan tugas itu berlangsung sewaktu mesyuarat antara Syed Hamid, Suraya dan anggota Exco MAYC Kebangsaan di ibu negara petang ini.

Suraya, 40, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Kedah dipilih sebagai presiden penaja pada Disember 2008.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Syed Hamid memberitahu, jawatan Suraya sebagai Presiden MAYC akan disahkan pada mesyuarat agung yang dijadualkan berlangsung Mac ini.

Menurutnya, penyerahan kuasa secara rasmi pada mesyuarat agung itu kelak akan turut melibatkan anggota exco pertubuhan tersebut.

Tambahnya, beliau akan sedaya upaya memastikan peralihan kuasa itu berjalan lancar tanpa menimbulkan sebarang masalah termasuk isu-isu hutang dan aset persatuan tersebut.

“MAYC menyambut baik pelaksanaan akta ini yang menghendaki pemimpin persatuan belia tidak lebih 40 tahun.

“Malah sebelum akta itu diluluskan, saya telah membentuk jawatankuasa penaja di kalangan orang muda bagi mengambil alih teraju MAYC sebelum akta itu diluluskan lagi,” katanya.

Sementara itu, Suraya yang pernah dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007 gembira kerana menerima peralihan kuasa tersebut dalam keadaan yang sempurna.

“Bagi memastikan kemantapan MAYC, beberapa pindaan perlembagaan akan dibincangkan pada mesyuarat agung nanti,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya akan memohon kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk membolehkan tarikh mesyuarat agung dilanjutkan kepada Februari atau Mac depan.

Menurutnya, ini kerana tarikh akhir mengadakan mesyuarat agung pada 31 Disember ini agak suntuk untuk pihaknya membuat persediaan bagi mengadakannya.

( Utusan Malaysia 7 November 2009 )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: