Pengambilalihan Hutang MAYC

oleh Dato Dr Azaran Abd Kadir
10 September 2008

Pada bulan Julai 2004 saya telah dipelawa untuk membeli Bangunan Wisma Belia bertempat diJalan Syed Putra Kuala Lumpur kerana PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) mengalami kesulitan membayar beban hutang yang melebihi RM38juta dan pada masa itu pihak Danaharta Urus Sdn Bhd telah memberikan satu tarikh untuk PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) menjelaskan tunggakan hutang sebelum bangunan Wisma Belia dan Wisma Tunku dilelong.

Satu Perjanjian Jual Beli dengan deposit sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta) (ref no Bil PKBM no (36) pe;bagai/MAYC/2004) dan Resolusi Persatuan (Bil PKBM (24) pengambilalihan/MAYC/2005) telah dimenterai pada Dec 27 2004 dan Pihak Maybank telah memberikan kemudahan kewangan terhadap saya sebanyak RM15.3 juta. (Date Feb 18 2005 ref no EFS/MUS/LN/ZAS/MAAS/GAVLO-ISLAMIC).

Setelah pihak saya memperolehi Letter Of Award saya telah dibawa oleh Timbalan Presiden MAYC – Tuan Hashim untuk bertemu dengan Dato’ Seri Hamid Albar Al Jabar (Presiden MAYC) mengenai Bangunan Wisma bertempat dipejabat Menteri Luar, Wisma Putra.

Pada hemat saya adalah tidak sesuai untuk berbincang diPejabat Menteri Luar berkenaan perkara tersebut. Walau bagaimanapun saya telah ditanya tujuan saya membeli bangunan tersebut dan saya berkata pada Dato’ Seri Hamid Albar “Dato’ Seri sebagai Menteri patut tahu apa nak buat”. kerana beliau sebagai seorang menteri penuh yang diamanahkan oleh rakyat melalui Perdana Menteri tetapi sehingga sekarang tetapi GAGAL menyelesaikan Permasalahan Hutang MAYC melebihi RM38juta bagaimana rakyat boleh yakin dan selamat kerana beliau sekarang diamanahkan untuk menjaga keselamatan kita. Bagaimana pula keadaan orang Kota Tinggi sekarang ini?….

Percayalah saya amat memahami kenapa kamu semua inginkan Pembaharuan….

Bak kata orang “Hutang Pun Tak Lepas Ada Hati Nak Jaga Tepi Kain Orang”

Timbalan Presiden MAYC Tuan Hashim.
Ini lagi satu faktor beliau pernah mencemar nama dengan skandal dijabatan Agama Islam dan dengan tanpa segan silu dengan muka tak malu telah meminta saya sebanyak RM50,000.00 dengan menggunakan cek Azmi Abdullah & Co dan membawa beliau untuk ditunaikan diBank BCB pada masa itu bertempat di Bandar Baru Ampang,Selangor

Tuan Syed Rahman Tuan Syed Kuning dulu nampak baik berwawasan cakap bahasa syurga tetapi setelah selamat menjalani Pembedahan Pintasan Jantung maka sikap buruk seperti ego sombong talam bermuka muka telah ditonjolkan satu persatu.

Sepatutnya beliau patut banyak banyak bersyukur kepada Allah swt bukan masih lagi berkaraoke dengan perempuan lain. Ini berlaku didepan saya dan sahabat saya bernama Shamsul Al Bashar bertempat diNews KTV (bil resit masih dalam simpanan) dan saya menyerahkan wang tunai kepada Tuan Syed Rahman lebih kurang hampir RM150,000.00 bertempat diHotel Legend Kuala Lumpur disaksikan En Shamsul Al Bashar dan dan bayaran melalui Kaunter Bank RHB di Mid Valley RM2,000.00

Selang beberapa hari saya telah diminta untuk berjumpa dengan Setiausaha Agong – Syed Rahman dan Timbalan Presiden MAYC –Tuan Hashim bertempat diKenny Rogers The Mall Jalan Putra Kuala Lumpur dan mereka menawarkan untuk membeli syarikat saya sebanyak RM1,000,000.00 tetapi saya tiada niat untuk menjual. Setelah saya mengatakan bahawa saya tidak mahu menjual syarikat saya, pihak MAYC terus mendiamkan diri dan saya ditendang seperti bola dan saya ibaratkan bahawa Pihak Pengurusan MAYC termasuk Presiden MAYC Umpama “Saya Melepaskan Anjing Yang Tersepit” .

Setelah lama menunggu saya menyerahkan Salinan dokumen berkenaan kepada Dato Sheihk Badar – Bendahari Kehormat dan Naib Setiausaha Agong – En Nasaruddin untuk dipanjangkan kepada Dato Seri Hamid Albar tetapi masih gagal. Saya sekali lagi menyusul kePejabat Menteri Luar untuk menerangkan perkara Berkaitan Amanah Raya tetapi Dato’ Seri Hamid mengarahkan saya berurusan dengan Tuan Syed Rahman Tuan Syed Kuning sedangkan atas arahan Pihak Amanah Raya bahawa Tuan Syed Rahman Tuan Syed Kuning TIDAK BOLEH menurunkan sebarang tandatangan diPerjanjian Jual Beli.

Setelah itu pihak Persatuan Kelab Kelab Belia (MAYC) tidak mematuhi arahan Amanah Raya sebagai Bare Trustee yang dilantik mengatakan tiada halangan Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangi tetapi mensyaratkan pihak Presiden (YB Dato’ Seri Hamid Albar), Timbalan Presiden dan Bendahari Kehormat perlu menandatangani sekali lagi Perjanjian Jual Beli.

Lebih malang umpama jatuh ditimpa tangga Peguam yang mewakili saya dari Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partner telah melakukan kerja ibarat “acuh tak acuh”. Pernah duit saya sebanyak RM400k telah disalahgunakan oleh Peguam Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partner dan satu lapuran polis telah saya buat dibalai polis Jalan Travers no report 1763/08.

Atas sikap acuh tak acuh Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners tadi segala dokumen yang telah dihantar beberapa kali kepada Pejabat Urusan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) oleh Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners tidak dilayan malah dengan sombong, ego dan bongkak mereka menuduh saya sebagai CONMAN sebagai alasan tidak menerima dokumen dan seperti biasa Presiden MAYC pun berkata “dia tidak tahu menahu tentang hal ini”..

Pada saya tuduhan pihak pembangkang bahawa Pemimpin Tertinggi UMNO sombong dan bongkak memang BETUL. Telah beberapa kali saya menghantar email kepada pihak pengurusan aduan atau apa sahaja jabatan atau mana mana perihal ini terutama Pengurusan UMNO dan Jabatan Belia unit Pendaftaran serta aduan tetapi memang sia sia dan saya cadangkan bahawa unit Aduan UMNO tidak perlu adakan email Address.. kerana segala permasalahan Relevan atau Tidak yang diadukan oleh ahli adalah termaktub didalam perlembagaan UMNO adalah tidak wajar kes kes sebegini tidak mendapat walau satupun panggilan kata kata nasihat. UMNO UMNO.. Pak Lah yang kena nanti…

Saya sememangnya tidak menghalalkan segala kelakuan mereka menggunakan duit tanpa memikirkan penat lelah pihak saya yang telah menyelengarakan struktur kewangan syarikat saya sehingga mengalami kerugian untuk semata mata Pengambilalihan Hutang MAYC sebanyak melebihi RM38juta dan sepatutnya pihak saya yang berada didalam bangunan MAYC bukan mereka mereka yang makan rasuah serta menjalankan amalan FITNAH.

Kali terakhir iaitu pertengahan bulan Jun 2005 pihak saya ada menyatakan pendirian jelas kepada Presiden, Setiausaha Agong dan Timbalan Presiden mengenai matlamat serta prinsip saya iaitu akan saya tidak mempunyai apa apa halangan untuk menyerahkan pihak pengurusan MAYC untuk menguruskan seperti biasa dan juga ada menyerahkan satu kertas cadangan impian saya.

Maruah saya sebagai Warga Malaysia Melayu Islam telah tercemar kerana difitnah. Saya mengalami kesukaran tekanan dilema dan membawa perkara ini kemuka pengadilan agar ianya dapat dilihat satu isu proses kearah keadilan untuk semua Kerana Persatuan Kelab Kelab Belia dinaungi oleh Penaung Utama Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Penaung Penaung Utama YAB Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan. Segala dokumen tulin MAYC yang berkaitan proses pengambilalihan ada dalam simpanan BADAN PENCEGAH RASUAH ( BPR) .

Saya mengalami kerugian wang ringgit, kehilangan harga diri, tekanan mental serta saya terpaksa menutup pejabat operasi saya. Dalam masa selama lebih 4 tahun dan juga Pihak Pengurusan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia mendapat keuntungan pendapatan selama ini tanpa ikhsan terhadap saya.

Saya difahamkan bahawa Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad adalah (Pemegang Trustee Asal).Semasa Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad selaku (Pemegang Trustee Asal) meninggalkan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia – MAYC tiada Trustee Baru dilantik.

Jika permasalahan ini tidak diatasi maka banyak perkara perkara sumbang yang akan terbongkar dan ini boleh mendatangkan kemudaratan disudut perundangan serta perlembagaan, kerana Tun Dr Mahathir menjalankan tugas selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan pihak PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) telah melakukan Proses Hutang Tanpa Trustee Baru selepas Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir..

Sebagai Trustee Asal dan seluruh jentera Kabinet Beliau termasuk YB Dato’ Seri Panglima Presiden Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia – MAYC juga boleh dikaitkan.

ADAKAH YB DATO’ SERI PANGLIMA PRESIDEN PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) sedar akan permasalahan ini ???

Saya bersyukur kerana saya masih berjaya mempertahankan matlamat saya agar bangunan yang diAktiviti-Pelbagai-Uruskan oleh Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia yang dianggotai ahli seramai 400 ribu seluruh negara terutama orang Melayu tidak dilelong dan saya amat bersyukur kehadirat Allah swt kerana..itu.

Saya dengan ini berjanji akan meneruskan usaha ini sehingga selesai walaupun terpaksa membuka pekong sikap sikap yang buruk bangsa saya sendiri dan saya akan membawa perkara ini kemuka pengadilan seterusnya mewarwarkan kepada semua ahli MAYC tentang permasalahan pengambilalihan hutang MAYC sebanyak RM38juta berserta amalan rasuah dan fitnah.

BPR telah pun menjalankan fasa kedua dengan mengambil keterangan 2 ahli tertinggi MAYC iaitu Tuan Hashim dan Syed Abdul Rahman Tuan Syed Kuning beberapa minggu yang lalu.. Insyaallah segalanya akan terbongkar dengan kemenangan pada kebenaran….

Seperti lazim beliau tidak mengaku dan mengatakan bahawa segala kewangan atas arahan pihak atasan..

Apa nak jadi dengan mereka ini.?

SEHINGGA KEHARI INI PENGURUSAN PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) TERSENYUM BANGGA MENGKHIANATI BANGSANYA SENDIRI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: