Mesyuarat 31 Julai dianggap sah

Pemilihan Akhramsyah Sanusi sebagai Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) pada mesyuaratnya 31 Julai lalu adalah sah dan mematuhi peraturan serta perlembagaan persatuan, kata Timbalan Presiden MAYC Karim Mohamad.

Katanya selain perlembagaan MAYC dan rujukan kepada pakar undang-undang, persatuan itu mempunyai dokumen yang cukup bagi membuktikan kesahihan mesyuarat agung yang diadakan itu dan sebarang kenyataan mempertikaikannya adalah bersifat negatif.

“Bagi saya pihak yang mengeluarkan kenyataan itu mempunyai muslihat tersurat serta tidak bertujuan baik untuk masa depan MAYC. Malah isu-isu yang sengaja dibangkitkan itu juga adalah remeh dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar semalam memetik bekas setiausaha agung MAYC Haryati Hamzah sebagai mempertikaikan kesahihan mesyuarat agung itu dengan mendakwa pemilihan sebulat suara kepimpinan baru itu tidak diiktiraf oleh beberapa pihak dalam persatuan itu.

Karim, yang juga Pengerusi MAYC Terengganu, berkata persatuan itu mengadakan mesyuarat berkenaan kerana ingin menyelamatkan MAYC yang pendaftarannya boleh dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana tidak mengadakan mesyuarat agung selama lima tahun.

Beliau berkata bahawa membuat kenyataan melalui media tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah malah akan mengeruhkan lagi keadaan.

Karim berkata tidak ada orang yang boleh mempertikaikan kesahihan mesyaurat itu selain Pendaftar Pertubuhan dan mereka (Pendaftar Pertubuhan) mengesahkan mesyuarat itu.

Katanya kenyataan yang mempertikaikan mesyuarat agung MAYC itu dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk menutup pelbagai masalah dan kelemahan yang dihadapi MAYC sebelum ini.

Karim berkata jawatankuasa baru MAYC mempunyai wakil daripada semua negeri kecuali Pahang. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: