Akhramsyah dapat sokongan majoriti

Oleh S Anand Kumar

Pelantikan Akhramsyah Sanusi sebagai Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) mendapat sokongan penuh 190 perwakilan dari sembilan negeri yang menghadiri Mesyuarat Agung MAYC peringkat kebangsaan di ibu negara, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, bagaimanapun berkata perwakilan dari Pahang, Melaka dan Kelantan tidak menghadiri mesyuarat itu disebabkan masalah teknikal seperti isu pengangkutan.

“Saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 pada 29 Julai lalu mengadakan satu pertemuan bersama Pendaftar Pertubuhan Belia berkenaan hasrat Jawatankuasa MAYC negeri mengadakan mesyuarat agung itu, Sabtu lalu.

“Menurut Pejabat Pendaftar Belia (ROY), Tan Sri Syed Hamid Albar hanyalah bekas presiden MAYC dan kami juga dimaklumkan oleh ROY bahawa MAYC gagal untuk melaksanakan mesyuarat agung tahunan selama lima tahun berturut-turut termasuk bagi tahun ini.

“Oleh demikian Jawatankuasa MAYC negeri yang bersidang pada 20 Jun lalu menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 bagi mematuhi Fasal 15 Perlembagaan/Undang-Undang Tubuh Persatuan Kelab Belia Malaysia supaya satu mesyuarat agung MAYC dapat diadakan,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Ahmad Ansor berkata, mesyuarat agung itu dilaksanakan melalui satu notis panggilan mesyuarat bertarikh 24 Jun dan ahli MAYC seluruh negara memberi sambutan amat menggalakkan terhadap mesyuarat berkenaan

Kelmarin, Pengerusi MAYC Melaka, Azman Abdullah mempertikaikan pelantikan Akhramsyah dan ahli jawatankuasa MAYC pada mesyuarat agung tahunan itu.

Katanya, ini kerana ROY sudah menetapkan kuasa bagi membuat sebarang keputusan dalam MAYC termasuk mengeluarkan notis mesyuarat agung adalah presiden sedia ada iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar dan bukan individu lain termasuk Akhramsyah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: