Pelantikan presiden dan kepimpinan baru MAYC tetap sah.

Pada hakikatnya tiada masalah kepimpinan dalam Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) setelah pemilihan sebulat suara kepimpinan barunya melalui mesyuarat agung tahunan (AGM) yang sah sabtu lepas.

Tidak timbul soal diiktiraf atau tidak oleh mana-mana pihak dalam MAYC. Malah telah diresmikan oleh Datuk Nasir Safar, Timbalan Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia. Turut hadir di AGM tersebut ialah Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Haryati Hamzah yang mendakwa dirinya Penolong Setiausaha Agung MAYC, berkata AGM MAYC yang dijalankan kumpulan tersebut dihadiri oleh perwakilan yang diragui. Ini satu andaian yang bodoh kerana dia sendiri tidak hadir di AGM tersebut sungguhpun telah dijemput bersama dengan JKK yang lain.

Katanya, merujuk surat yang dikeluarkan Pejabat Pendaftar Belia (ROY) kepada MAYC, setiap AGM yang diadakan perlu dikendalikan jawatankuasa MAYC yang lama dan bukannya seperti yang berlaku sabtu lalu. Dia sudah lupa bahwa surat yang diterima dari ROY itu adalah surat tunjuk sebab kerana mesyuarat tidak diadakan oleh mereka dan ROY telah menetapkan supaya AGM ini perlu diadakan sebelum 30 June 2010 atau menghadapi kemungkinan pembalatan.

Jawankuasa Kebangsaan dibawah pimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar tidak lagi wujud kerana tidak berupaya mengadakan AGM dalam masa yang ditetapkan. Jangka masa 5 tahun adalah satu masa yang amat lama bagi sesebuah pertubuhan yang tidak mengadakan AGM. Ini hakikat dan bukan rekaan semata-mata. Dengan itu Hayati tidak boleh mendakwa dirinya Penolong Setiausaha Agung MAYC kerana tidak hadir untuk dilantik mana-mana jawatan.

Persatuan itu yang dianggotai oleh 311 kelab gabungan tidak lagi boleh dipimpin oleh Tan Sri Syed Hamid Albar kerana telah berumur lebih dari 40 tahun saperti yang ditetapkan oleh Akta Belia. Sebagai seorang bekas peguam Tan Sri Syed Hamid harus tahu hakikat ini.

Menurut Haryati, keraguan juga timbul apabila mesyuarat itu diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bukannya di tempat rasmi MAYC iaitu di Wisma Belia. Sebenarnya AGM telah diadakan di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS).

Dalam posting yang terdahulu dari ini telah kami huraikan betapa Pengurus Besar Wisma Belia Abu Bakar Shawkat Ali, menghalang permohonan untuk mengadakan AGM ini di Dewan Besar PKBM dengan alasan dewan tersebut sudah ada penyewanya. Dia menidakkan hak ahli-ahli MAYC sendiri dan dia harus di pecat dari memegang jawatan tersebut kerana tidak tahu siapa yang harus di utamakan.

Selain itu, kata Hayati lagi, jawatankuasa MAYC yang lama akan mengadakan satu mesyuarat bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan yang sah bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku dalam persatuan. Ini pernah kami dengar berpuloh kali tetapi tidak pernah menjadi kenyataan. Bak kata orang ” omong-omong kosong sahaja.”

Untuk pengetahuan Hayati dan JKK yang lama dan tidak berfungsi lagi itu bahwa semua jawatan yang dilantik dalam mesyuarat semalam adalah sah kerana tidak ada pelanggaran undang-undang dan peraturan yang ditetapkan ROY.

Mesyuarat tersebut mematuhi kehendak Fasal 15 Perlembagaan dan undang-undang tubuh MAYC serta Seksyen 2 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 agar kepimpinan belia diterajui oleh pemimpin yang berumur tidak melebihi 40 tahun.

Jawatankuasa MAYC Kebangsaan sesi 2010/2012 telah dipilih oleh para perwakilan berdasarkan pencalonan daripada MAYC negeri. Seramai 190 orang perwakilan dari sembilan buah Negeri telah hadir. Jumlah ini melebihi bilangan korum yang diperlukan.

Mesyuarat sabtu lalu itu juga bertujuan untuk memastikan MAYC tidak dibubarkan selepas lima tahun gagal untuk mengadakan AGM dan mengalami krisis dalaman yang membabitkan masalah kepimpinan.

Kenyataan Hayati itu jelas mencerminkan sikap angkuh seluruh JKK lama yang sepatutnya mengosongkan jawatan mereka untuk memberi laluan kepada yang dilantik semalam dan yang jauh lebih muda dari mereka. Sebagai orang tua, mereka harus memberi galakan dan sokongan kepada kaum muda untuk terus berkhidmat untuk MAYC.

Talian hayat mereka sudah terputus atas perbuatan mereka sendiri. Bak kata peribahasa Inggeris. ” proscratination is the thief of time”. Sikap begini juga amat menakutkan kerana mereka ini juga boleh dianggap sebagai “pencuri” dalam erti kata yang sebenarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: