SEKOLAH REMAJA HAMIL

Selepas menggalakkan golongan muda di Melaka berkahwin awal dengan menyediakan bantuan sebanyak RM500, kerajaan negeri ini bercadang menubuhkan pula sebuah sekolah khusus untuk remaja yang hamil sama ada secara sah mahupun di luar nikah.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penubuhan sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu penting untuk dilaksanakan dalam membantu remaja yang berkahwin awal dan pasangan terlanjur membina kehidupan dan membesarkan bayi sambil meneruskan pelajaran di sekolah itu tanpa gangguan masyarakat.

Remaja dari negeri ini yang perkahwinan mengalami masalah boleh meneruskan persekolahan di sini. Kita akan membantu mereka daripada melakukan perkara tidak elok seperti berzina, membuang bayi atau lari dari rumah, katanya.

Katanya, cadangan penubuhan sekolah khas itu sudah dibincangkan dengan JAIM dan akan dilaksanakan meskipun tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak, termasuk Kementerian Pelajaran.

Saya tetap akan menubuhkan sekolah ini untuk memberi peluang kedua bagi pasangan muda yang sudah terlanjur atau bagi pasangan remaja sudah berkahwin tetapi berdepan masalah keluarga untuk meneruskan kehidupan tanpa gangguan sambil meneruskan pelajaran di sekolah ini, katanya.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, perkahwinan awal bukan menjadi masalah kerana ia berkesan untuk menangani bencana sosial di kalangan remaja.

Katanya, masyarakat wajar memudahkan urusan perkahwinan kerana Islam sendiri adalah agama yang memudahkan umatnya menja-lani kehidupan, termasuk dalam urusan pernikahan.

Mohd Ali berkata, buat permulaan, sekolah berkenaan khusus untuk pasangan remaja dari Melaka tetapi sedia menimbangkan kemasukan dari seluruh negara selepas pertimbangan teliti, termasuk restu daripada keluarga masing-masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: