VETERAN WILAYAH PERSEKUTUAN DILANCARKAN

Seramai lebih 500 orang telah hadir dimajlis pelancaran Kelab Veteran MAYC Wilayah Persekutuan semalam 25 Julai 2010 jam 3.00 petang di Bangunan Yayasan Pendidekan Batu, Taman  Batu Muda Kuala Lumpur.

Datuk Mohd Yusoff Hamid, Pengasas Kelab dalam kata-kata sambutannya menyeru bekas ahli MAYC untuk terus berkhidmat membangunkan masa depan belia.

Katanya majlis hari itu jelas menunjukan minat yang begitu kuat kearah ini. Turut hadir di majlis tersebut adalah YB Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi pertubuhan itu.

Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Kelab dalam ucapan peresmiannya menyeru masyarakat belia dan bekas pemimpin MAYC untuk terus memainkan peranan membangunkan ugama, bangsa dan tanah air.

Katanya, amat perlu bagi bekas-bekas pemimpin belia untuk terus mengambil bahagian dalam pergerakan belia sedia ada sungguhpun mereka tidak boleh lagi memegang sebarang jawatan kerana ini hanya di benarkan untuk yang berumur kurang dari 40 tahun.

Mencontohi negara Jepun, kelab-kelab belia berkembang maju kerana sumbangan dari mereka yang berumur lebih dari 40 tahun dan mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih stabil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: