Sanusi yakin penyatuan Melayu boleh dicapai

Oleh S Anand Kumar

Bekas Setiausaha Agung UMNO yang kini dilantik Penasihat PERKASA, Tan Sri Sanusi Junid, berkata persefahaman UMNO-PAS boleh menjadi kenyataan jika kepemimpinan kedua-dua parti tidak menggunakan perkataan kesat dan memastikan perbincangan menjurus kepada nilai-nilai Islam.

Katanya, tidak mustahil perbincangan di antara UMNO-PAS boleh menjadi kenyataan kerana suatu masa dulu PAS pernah berada dalam Barisan Nasional (BN) dan pernah wujud kerjasama di antara kedua-dua parti untuk memperjuangkan kelangsungan Melayu di negara ini.

Apabila hari ini sekali lagi timbul mengenai kerjasama UMNO-PAS, kita dapat melihat pelbagai pandangan diberikan…, di sini saya dapat melihat wujud tiga kumpulan dalam PAS.

Pertama, beberapa kumpulan pemimpin muda yang berada dalam PAS pada masa sekarang tidak sempat melihat kerjasama antara parti mereka dengan UMNO sewaktu berada dalam BN tetapi mereka masih memikirkan mengenai kepentingan Melayu.

Kedua, pemimpin veteran PAS yang tahu mengenai kerjasama UMNO-PAS sebelum ini dan satu lagi ialah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berada dalam PAS dan sedang menunggu isyarat daripada pemimpin PKR mengenai kerjasama ini, katanya.

Sanusi yang juga Presiden Kelab Veteran MAYC  Malaysia berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penubuhan PERKASA peringkat Parlimen Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Pada majlis sama, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengumumkan bahawa Sanusi turut dilantik sebagai Penasihat PERKASA.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau masih hairan dengan segelintir sikap pemimpin pembangkang yang masih tidak memahami mengenai Gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkali-kali menjelaskan mengenai 1Malaysia yang sentiasa berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, tetapi masih ada pemimpin pembangkang yang mempertikaikannya.

Jika pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, benar-benar menyokong konsep Bangsa Malaysia, saya cabar mereka sokong juga sistem sekolah satu aliran, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: