Beriya-iya mahu jadi Datuk

Kita sedia maklum ada juga dakwaan pingat-pingat yang membawa gelaran ‘Datuk’ tersebut boleh ‘dibeli’. Kebenaran dakwaan ini, kita kurang pasti.

Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua dalam sidang parlimen Mac lalu mendedahkan di Dewan Rakyat sepucuk surat yang ditulis oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Zahrain Hashim agar gelaran ‘Datuk Seri’ diberikan kepadanya pada majlis keputeraan Yang diPertua Negeri Pulau Pinang.

Zahrain tidak menafikan surat tersebut.

Menurut teori Maslow, hirarki keperluan manusia di tahap tertinggi ialah untuk mendapat anugerah, gelaran dan penghormatan apabila keperluan manusia pada peringkat-peringkat fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan harga diri sudah dikecapi.

Penganugerahan gelaran ‘Datuk’ juga menular kepada golongan artis hiburan seperti Siti Nurhaliza dan juga individu-individu di pertengahan 20an – contohnya ahli-ahli sukan – atas ‘pencapaian’ yang diberikan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.

Sekarang, gelaran sedemikian juga diberikan kepada artis-artis hiburan luar negara, umpamanya Shah Rukh Khan. Mungkin atas pandangan raja, mereka telah mengharumkan nama negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: