Abu Bakar Shawkat Ali, ahli Jawatankuasa Kerja MAYC Kebangsaan merangkap Pengurus Besar Wisma Belia berkata semalam Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Presiden MAYC harus dipersalahkan apabila MAYC tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya selama lebih empat tahun berturut-turut.
Ini kerana beliau adalah ketua pentadbiran MAYC pusat yang telah diamanahkan mengikut Perlembagaan MAYC dan boleh mengarahkan Setiausaha Agung mengadakannya pada bila-bila masa sahaja, tambahnya.
MAYC Kebangsaan telah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunannya selama 4 tahun sungguh pun telah menerima beberapa surat amaran dan tunjuk sebab dari Pendaftar Pertubuhan Belia.
Setiausaha Agung MAYC, Syed Abdul Rahman Syed Kuning telah memberi berbagai-bagai alasan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC termasuk memerlukan masa untuk memindahkan aset MAYC kepada satu Yayasan.
Terdahulu dari ini telah dinamakan satu Jawatankuasa Penaja MAYC dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia yang baru oleh JKK MAYC Kebangsaan yang sedia ada sekarang. Senarai ini telah diiktiraf oleh Pendaftar tersebut kecuali jawatan Presiden kerana telah berumur lebih dari 40 tahun. Jawatankuasa ini telah menghadiri Perhimpunan Agung Majlis Belia Malaysia dan beberapa orang diantara mereka telah dilantik mengganggotai JKK MBM itu.
Filed under: Uncategorized |
Leave a Reply