PENGGUNAAN DEWAN BESAR MAYC

Rabu 21 Julai. 8.00 pagi

Saya menalipon Sdr Bakar Shawkat Ali, ahli JKK MAYC Kebangsaan merangkap Pengurus Besar Wisma Belia untuk memberi tahunya bahwa MAYC bawah umur 40 tahun akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada pagi 31 Julai ini. Kelab Veteran telah diminta untuk menaja tempat mesyuarat. Oleh yang demikian saya telah meminta beliau menempahkan dewan besar MAYC untuk tujuan ini dan segala kos akan ditanggung oleh KVMM. Beliau berjanji untuk menalipon saya balek secepat mungkin pada hari itu.

Khamis 22 Julai.

Oleh kerana tidak ada sebarang panggilan dari Sdr Bakar, bermulalah perang sms diantara saya dan Sdr Bakar saperti berikut:

Saya ( 12.09 ) Oleh kerana saya tidak mendapat sebarang berita dari sdr saya anggap sdr dan yang lain-lain tidak menyokong ahli-ahli MAYC mengadakan mesyuarat agung yang sudah tertunda sejak lebih empat tahun.

Bakar (12.15) Saya telah jelaskan kedudukan saya pada sdr.

Saya (12.20) Apa dia kedudkan sdr ? Sudah disampaikan permohonan saya itu ?

Bakar (12.23) Sebagai pekerja dan tidak memegang sebarang jawatan.

Saya (12.25) Maksud saya apa dia sikap sdr ? Jadi, sudahkah  disampaikan permohonan saya itu.

Saya (14.28 ) Tidak menjawab soalan saya tidak bererti perkara ini selesai. Ini bukan masalah penggunaan dewan sahaja. Ini masalah prinsip dan hak.

Bakar ( ) Tidak ada jawapan hingga sekarang. Mungkin topupnya dah habis atau bateri handphonenya dah out atau mungkin dia telah dicampak keluar dari tingkap tingkat 3 Wisma Belia.

Sementara perang ini berlaku beberapa peluru sesat telah saya terima :

Nasir Safar  ( 13.22) Hebat juga.
Nasir Safar ( 14.26) Ha ha ha. Nak kena jujur.
Akbar Ali (14.47 ) Tenyeh ……
Yusuff Hamid ( 14.40 ) Isinya diirahsiakan.

One Response

  1. apa tu mayc…. aku ni orang pencen juga kira orang lama la tu tapi aku dengak gitu2 saja mayc , sekarang ni orang sebok dgn pas keadilan dap 1malaysia perkasa , ni mayc nak dok tang mana.. dah puluh tahun dah..tak tua pun…bye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: