Kongres cendekiawan Melayu perlu diaktifkan

Kongres Cendekiawan Melayu yang kali terakhir diadakan lima tahun lalu perlu diaktifkan semula bagi menjadi platform dalam membawa suara orang Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata kewujudan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berwibawa amat “ditunggu-tunggu” bagi menjadi pemudahcara seperti dalam isu cadangan kerjasama antara UMNO dan PAS. Katanya ketiadaan NGO Melayu yang benar-benar komited dalam menjayakan agenda perpaduan Melayu telah menimbulkan pelbagai persepsi sehinggakan pemimpin politik terus bercakaran demi menegakkan matlamat sendiri.

Beliau berkata NGO yang berwibawa mampu menjadi pemudahcara dalam usaha penyatuan sebagaimana yang dibuktikan NGO bukan Melayu seperti Dewan Perniagaan Cina yang dapat menyatukan puak-puak yang berbalah di kalangan orang Cina.

“Di sinilah perlunya peranan NGO Melayu yang berwibawa yang menjadi moderator atau pemudah cara untuk membuat usaha tersebut. Jika tidak, dalam usaha nak wujudkan kerjsama ini, kita masih lagi tuduh menuduh dan mencari kesalahan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Puad membidas kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa kerjasama berkenaan tidak akan tercapai kerana PAS telah menutup pintu untuk kerjasama.

“Tidak wajar tutup pintu itu dijadikan alasan bahawa kita tidak mahu memberi ruang kepada wujudnya kerjasama ini sedangkan pandangan rakyat adalah sebaliknya.
“Maksudnya pergeseran dan perselisihan pemimpin politik tidak boleh mengorbankan kepentingan umum di mana ia perlu diutamakan lebih daripada kepentingan individu itu sendiri,” katanya.

Mohd Puad berkata keengganan PAS untuk bekerjasama sebenarnya lebih menjurus kepada masalah kebimbangan di kalangan pemimpin tertentu di dalam PAS akan kehilangan kuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: