PENGARUH ETNISITI DIMALAYSIA

oleh : Khairul Azhar

Peri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia ialah satu fakta yang telah diterima umum oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahwa hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci sebenar kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita termasuklah pengaruhnya terhadap Sistem sosial di Malaysia.

Namun demikian, kita perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan sebarang bentuk masalah etnik seperti pengaruh Etnisiti yang tidak terkawal tanpa mempertikaikan hak-hak kaum lain.

Masyarakat kita mestilah mempunyai tahap kematangan yang tinggi dan rasional sebagai persediaan kepada pembentukan masyarakat malaysia yang lebih bersatu padu, kukuh dan sejahtera dimasa yang akan datang.

Berkenaan dengan pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia, saya secara peribadinya beranggapan bahawa perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal dalam situasi masyarakat yang berbilang kaum.

Sebenarnya, kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang ianya daripada berlaku, malah besar kemungkinan ianya akan bertransformasi mengikut keadaan semasa.

Tetapi kita mempunyai alternatif lain bagi membendung pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial tersebut daripada menjadi negatif. Nah! apa yang boleh kita lakukan? bagaimanakah proses tersebut? berkesankan ia?.

Pertamanya, setiap kaum mestilah mencapai kata sepakat dan persetujuan terhadap hak-hak kaum Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang bersumberkan daripada Kontrak sosial.

Hasil pemahaman itu, kemudiannya dipraktikkan ke dalam setiap aspek kehidupan dalam Sistem sosial untuk membolehkan kita mengawalnya dan mentadbir Etnisiti secara adil dan saksama berdasarkan pertimbangan yang wajar.

Selain itu, proses penerangan terhadap masyarakat dipelbagai peringkat mestilah juga diteruskan melalui langkah-langkah tertentu seperti dialog, seminar, mahupun kempen-kempen yang berkaitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: