Muzium Belia Malaysia

 Muzium ini terletak di No. 430, Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan yang dulunya  menempatkan Pejabat Pos Besar, Melaka  berfungsi sebagai pusat dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di Malaysia dan antarabangsa.

Bahan utama pameran adalah gambaran tokoh-tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya dan amat kurang sekali bahan-bahan dari MAYC.

Sudah sampai masanya bahan-bahan dari MAYC yang tidak lama lagi pendaftarannya dibatalkan disimpan di muzium ini sebelum ianya hancur ditelan zaman.

Muzium Belia Malaysia telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia  pada 15 April 1992. Bangunan ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada kompleks Pejabat Pentadbiran Belanda. Ia dijadikan sebagai Sekolah Anglo-Chinese (sekarang dikenali sebagal Sekolah Tinggi Melaka).

Muzium ini dibina untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi dan untuk menyimpan segala rekod dan butir kegiatan belia secara sistematik dan teratur serta mengandungi sejarah penubuhan kelab dan pertubuhan belia dari seluruh negara. 

Ianya juga untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan pergerakan belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: