TEATER MUZIKAL TUN MAHATHIR

Bukannya mudah bagi mana-mana pelakon untuk meniru atau melakonkan gaya, tutur bahasa mahupun gerak badan seseorang. Lebih-lebih lagi watak yang dilakonkan itu adalah tokoh yang disayangai mayarakat umum saperti Tun Dr Siti Hasmah.

Sekiranya tersilap, pelakon terbabit bukan sahaja menjejaskan mutu keseluruhan persembahan, malah mungkin dikecam hebat.

Begitulah yang terpaksa dilalui pelakon popular Erra Fazira apabila diberi tanggungjawab besar untuk memegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam Teater Muzikal, Tun Dr Mahathir terbitan CTRA Production Sdn Bhd.

“Untuk membuat persedian, saya akan cuba mengenali peribadi Tun Dr Siti Hasmah dengan lebih dekat lagi. Saya pernah berjumpanya dengannya untuk mengorek cerita-cerita peribadinya. Dia memberikan respon yang cukup baik.

“Sedikit sebanyak mengenai Tun. Dia seorang yang bersifat keibuan, lemah lembut dan hanya memakai baju kebaya dan baju kurung sepanjang masa, tidak kira dalam majlis apa sekalipun. Dia adalah orang Kuala Lumpur dan dalam percakapannya banyak menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Manakala watak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dipertanggungjawabkan kepada 3 pelakon mengikut 3 fasa kehidupan, iaitu Esma Daniel, ketika zaman Tun Mahthir berumahtangga, Zizan Nin (zaman bujang) serta finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan pada zaman kanak-kanak.

Teater yang menggunapakai khidmat dari Rosminah Mohd Tahir (pangarah), Ismail Kassan (penulis skirp) dan Pak Ngah (komposer muzik) ini bakal menemui penonton di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober 2010.

Antara pelakon lain yang akan membarisi teater muzikal ini ialah Datuk Jalaluddin Hassan (Mr Mohamad), Erma Fatima (ibu kepada Tun Mahathir iaitu Wan Tempawan), Ako Mustapha ( Zahir), Zaibo ( Pak Mat) dan Misha Omar (Datuk Rosnah Majid).

Selain barisan pelakon penting itu, Teater Muzikal Tun Mahathir ini turut menggunakan khidmat 200 pelakon lain yang telah diujibakat sekitar Mac lalu. Ada di antara mereka datang dari kumpulan Suatari dan Dua Space.

Kepada ahli-ahli veteran  yang berminat, anda boleh mendapatkan tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 melalui tempahan laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi Istana Budaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: