TANGANI SEGERA MASALAH PERPADUAN KAUM

Oleh : Sharupidin Che Abdullah           Shah Alam, Selangor

KEBELAKANGAN ini kita mulai menyedari bahawa perpaduan kaum di Malaysia menghadapi satu ujian yang baharu. Rata-rata semua kaum mulai menyuarakan ketidakpuasan hati tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Sudah nampak kurang toleransi antara kaum dan ini mesti ditangani segera walaupun kita sedia maklum ia bukan semudah kata-kata kosong sahaja.

Kita mulai melihat pengasingan kaum-kaum secara tidak disedari. Di sekolah-sekolah, di universiti-universiti, di kompleks-kompleka, di gerai-gerai, di pejabat-pejabat, di perkumpulan-perkumpulan malah di padang-padang sukan kita mulai melihat sesuatu kaum itu sentiasa bersama kaumnya.

Sukan bola sepak umpamanya seakan-akan dimonopoli oleh sesuatu kaum dan tidak lagi mencerminkan kaum-kaum asas negara kita walaupun alasan kita ia bergantung kepada bakat dan kebolehan.

Amat jarang sekali sekarang dapat kita lihat percampuran kaum seperti sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dahulu. Saya amat merindui semangat muhibah ketika itu. Sekarang terasa semacam ada perasaan prasangka yang luar biasa dapat kita rasakan. Sehinggakan kita perlu dan mungkin terpaksa mengadakan program penyatuan belia-belia yang berbeza latar belakang dan kaum melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Persatuan parti-parti politik yang berbeza kaum dapat dirasai tidak ikhlas antara mereka. Masing-masing berkawan atas agenda yang sama tetapi mempunyai tujuan yang berbeza. Mengapa ini boleh berlaku sedangkan kita paling bersatu ketika tahun 1980-an dan 1990-an iaitu era Dasar Ekonomi Baru yang ternyata membawa kekayaan kepada semua kaum tetapi sentiasa dituduh menyebabkan perpecahan kaum?

Sedar atau tidak, kita sekarang sedang melalui era di mana pemuda-pemudi kita lahir dari program pengasingan kaum yang telah bermula melalui pemilihan sekolah rendah lagi oleh ibu bapa yang mempunyai kehendak yang berbeza.

Anak-anak Melayu hampir kesemuanya masuk ke Sekolah Kebangsaan yang ditaja kerajaan. Segelintir dihantar ke sekolah-sekolah agama mengikut acuan yang ditetapkan oleh ibu bapa. Rakan-rakan mereka daripada keturunan Cina hampir keseluruhannya mengikuti aliran jenis kebangsaan Cina. Sedangkan rakan-rakan India sudah mulai ramai menyertai sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Walaupun ada sekolah jenis kebangsaan Cina di Sabah dan Sarawak, hampir keseluruhan kaum pribumi yang kebanyakannya susah menyertai sekolah-sekolah kebangsaan tajaan kerajaan. Ini juga berturutan sehingga mereka ke sekolah menengah.

Sebenarnya kita yang bersalah menyebabkan mereka prejudis terhadap bangsa lain sejak dari kecil lagi dan sekarang kita mulai merasakan bahangnya. Sebenarnya kita akan lebih toleransi lagi bila bersama-sama bila melalui masalah dan suka bersama. Ini juga diterapkan dalam program PLKN.

Sebenarnya kita belum lagi merasai dengan jelas terjemahan proses sekolah secara berasing dan kita perlu jujur untuk memikirkannya sebelum ia menjadi lebih buruk. Bayangkan atas dasar pengajaran dan penekanan yang berbeza (walaupun mempunyai silibus yang telah ditetapkan) di setiap sekolah tersebut, maka kita mempunyai remaja yang mempuyai asas dan kekuatan yang berlainan.

Anak-anak Cina dari sekolah aliran Cina misalnya di asak pelajarannya dan mempunyai jati diri dan semangat kepada bangsanya yang kuat. Segala peraturan adalah serius tidak boleh main-main. Mereka adalah yang akan cemerlang dalam pelajaran atau juga ko-korikulum.

Kebanyakan sekolah aliran Melayu dan Tamil menghadapi masalah disiplin dan penyeliaan. Melalui temu duga kerja yang saya lakukan dahulu, mereka yang berasal dari sekolah agama lebih berani dan mempunyai jati diri setanding kaum Cina. Malah ditunjukkan juga kesungguhan aspek memikul tanggungjawab dan bekerja.

Hanya mereka ini kadang-kadang akan hilang peluang bila ada pihak-pihak yang secara sengaja melabelkan mereka sebagai ektremis. Sedangkan mereka dari sekolah berasrama penuh pula lebih glamor, sedangkan isinya diambil mudah.

Sehingga ada yang hanya tahu “copy and paste” resume. Jurang antara mereka besar dan tidak dapat kita pastikan kedudukan mereka dengan yang lain sehingga mereka mula bekerja. Bagaimanakah nanti ada pihak yang hanya inginkan produk dari sesebuah aliran sahaja. Kita secara tidak langsung telah “marginalise” kaum dengan lebih buruk lagi.

Jika sekolah aliran Inggeris ataupun sekolah satu aliran dapat dilakukan maka kerajaan dapat menjimatkan sumber kewangan yang disalurkan ke dalam PLKN atau setidak-tidaknya dapat mengurangkannya. Mengapa kita tidak pergunakan kelebihan itu demi masa depan negara!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: