DAILOG TERTUTUP DENGAN PRESIDEN VETERAN

Seramai 20 orang mewakili 8 bahagian negeri MAYC telah mengadakan dailog tertutup dengan Tan Sri Sanusi Junid di Jeumpa D Ramo, Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir di sessi tersebut adalah Dato Mohd Yusof Hamid dan Taib Wahab.

Perbincangan tertumpu kepada berbagai permasalahan dalaman MAYC terutama sekali berhubung dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Satu surat telah diterima oleh MAYC Kebangsaan daripada Pendaftar Pertubuhan Belia pada 7hb Julai yang memberi notis terakhir untuk MAYC mengadakan MAT ini. Oleh kerana belum ada lagi notis mesyuarat dikeluarkan oleh Ibu Pejabat maka sessi tersebut telah membuat ketetapan untuk mengadakan MAT ini pada sabtu 31 Julai 2010 di IYC, Bandar Tun Razak mulai jam 10.00 pagi.

Tan Sri Sanusi ketika menggulung perbincangan pada malam itu mengucapkan syabas kepada semua yang hadir atas keberanian mereka menyuarakan rasa tidak puas hati tentang perjalanan MAYC Kebangsaan pada masa ini yang dilihat berada dalam krisis yang amat berat disebabkan beberapa pihak yang mahu mengekalkan kedudukan dan kepentingan masing-masing hingga mahu melumpuhkan pergerakan MAYC ini.

Beliau menyeru mereka untuk terus berjuang menegakkan kebenaran dan berusaha untuk menghidupkan terus pergerakan MAYC yang sudah berusia lebih dari 56 tahun ini.

Sesi dailog  tersebut dianggap memberi nafas baru kepada perjuangan MAYC dan Tan Sri Sanusi yakin pimpinan MAYC Negeri yang ada sekarang akan dapat mengembelingkan tenaga ahli-ahlinya untuk terus bergerak dan memainkan peranan membangunkan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: