ISU MAYC – sms tengah malam

dari Zainal NGO Kelantan (12.07 mlm)

Assalamualaikum Tan Sri. Ini komen saya terima daripada rakan-rakan di Melaka:

“Susahlah kalau bapak campur tangan semata-mata nak menentukan anak jadi presiden…sebab itu orang makin menyampah dengan kepimpinan…”

dari Tan Sri Sanusi Junid ( (12.56 mlm)

Waalaikumsalam Sdr Zainol Fathoddin. Kesilapan saya ialah kerana salah memilih pengganti, kerana saya tidak tahu Tuan Hashim adalah bekas head-boy di MCKK yang layak menjadi Presiden.

Saya tidak akan menggelak dari memberi nasihat dan pandangan jika diminta untuk menyelamatkan MAYC dan hartanya. Ahli-ahli MAYC yan menentang usaha menyelamatkan MAYC yang terbiar, tanpa Mesyuarat Agung begitu lama, adalah makhluk perosak MAYC yang tidak cintakan MAYC.

MAYC perlu diselamatkan dari perosak-perosak ini. Itulah yang dinamakan perjuangan.

Salam saya untuk yang sayangkan belia amnya dn MAYC khususnya.

Sanusi Junid

dari Intandiana, Pengerusi MAYC WP ( 1.02 pagi)

Mereka mungkin tidak faham atau buat-buat tak faham majoriti pengerusi negeri mahukan AGM diadakan dengan kadar segera. Tidak ada isu campurtangan atau bapa sokong anak.

Mereka mula gentar. Mula tak keruan sedangkan mereka lupa Tan Sri Sanusi adalah juga merupakan mantan presiden MAYC Kebangsaan. Kehadiran Tan Sri Sanusi  adalah diatas kehendak pengerusi-pengerusi negeri. Siapa yang lebih pengalaman selain beliau?

Orang yang sebegini tak layak duduk dalam barisan MAYC yang akan datang.

___________________________________________________________

Satu perjumpaan akan diadakan di Jeumpa D’Ramo 102, Jalan Maarof, Bangsar Kuala Lumpur lepas maghrib Jumaat 9 Julai 2010 untuk membincangkan langkah-langkah seterusnya dan merangka strategi bagi menyelamatkan MAYC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: