Generasi muda perlu terus pertahan kuasa politik orang Melayu

oleh RAZALI SETAPA
Pasir Mas, Kelantan

KEBELAKANGAN ini, kita dikejutkan pelbagai paparan berita mahupun isu yang disifatkan mampu memberi impak besar kepada rakyat dalam negara ini khususnya orang Melayu.

Angka nisbah 1:40 iaitu satu Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pemilih amat menggerunkan bagi sesiapa saja yang melihat senario politik tanah air serta kepentingan agama, bangsa dan negara. Bagi sesetengah rakyat yang berada dalam zon selesa sejak sekian lama sudah tentu menganggap angka itu tidak begitu penting, malahan disifatkan sebagai satu propaganda pihak tertentu bagi meraih sokongan politik. Hakikatnya angka itu daripada tinjauan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO bagi mengenal pasti belia yang belum berdaftar sebagai pemilih.

Sebagai generasi muda dan pewaris kepemimpinan negara, kita semua perlu bermuhasabah diri sekiranya kita sayang kepada kedaulatan serta kesejahteraan yang kita kecapi selama ini.

Kuasa politik memainkan peranan penting untuk terus memperkukuhkan institusi serta kuasa yang kita pertahankan selama ini. Orang Melayu perlu sedar semua itu akan terus kekal jika kuasa politik orang Melayu kuat dan utuh.

Hakikatnya selepas 12 kali pilihan raya dijalankan kuasa politik Melayu semakin terhakis, tetapi masih lagi mengekalkan segala keistimewaan dan hak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
Namun, suasana itu semakin hari semakin berubah akibat sikap tidak prihatin dan dikuasai sikap politik individualistik.

Golongan muda harus terbabit secara langsung dalam pentas politik negara tanpa mengira fahaman politik demi kepentingan negara tercinta.

Sikap saling menuding jari, adu domba dan budaya fitnah tidak harus dibiarkan menguasai pemikiran generasi muda sebaliknya sifat dan nilai murni perlu diterapkan dalam jiwa dan minda generasi muda pada masa depan.

One Response

  1. Salam 1Malaysia,
    Bagi terus memperkukuhkan politik orang Melayu para pemimpin peringkat tertinggi juga tempatan perlu berusaha dengan pendekatan yang terbaik untuk menarik pendaftar Melayu jangan asyik tumpu kepada aktiviti sosial semata – mata untuk syok sendiri di samping pemikiran golongan muda Melayu juga perlu di tanamkan pentingan undi mereka . Pentingnya kuasa yang ada perlu dipertahankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: