KELAB BELIA HARUS ADA KPI

Pertubuhan belia di negara ini perlu mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing bagi memastikan mereka mempunyai hala tuju untuk mencapai matlamat menyumbang ke arah agenda pembangunan serta melonjakkan ekonomi ke tahap global.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Razak Idris, berkata KPI yang dirangka kerajaan itu perlu menggariskan bidang yang menjadi keutamaan negara yang disandarkan kepada golongan belia termasuk pembangunan modal insan, peningkatan kesedaran jati diri dan patriotisme, kepekaan terhadap isu global, kesukarelawan dan khidmat bakti kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Bila ada kayu ukur yang jelas, mereka akan berusaha untuk mencapai sasaran itu dengan memberi keutamaan kepada apa yang dihasratkan kerajaan melalui cara yang lebih kreatif dan inovatif. ”

“Saya melihat golongan belia di negara ini sudah bersedia untuk membuat sumbangan yang besar namun memerlukan bimbingan dan kepemimpinan yang mempunyai perancangan jelas.”

Muhammad Razak berkata, langkah kerajaan itu akan menggalakkan golongan belia negara ini bersaing bagi meningkatkan keupayaan dan kualiti kerja yang memberi kesan kepada masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: