MAYC SUDAH DIBATALKAN

3hb Jun 2010 adalah hari pembatalan pentaftaran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) berikutan dengan Notis yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan Belia pada 3hb Mei 2010.

Hari ini harus dikenang sebagai hari pembunuhan beramai-ramai oleh beberapa individu yang sudah melepasi batas 40 tahun yang masih lagi mahu berkuasa dan mendapat faedah kewangan dari kekuasaan itu.

Pendaftar telah memberi notis lebih awal lagi pada 22hb Mach 2010 supaya satu mesyuarat diadakan selewat-lewatnya pada 30hb April 2010.

Dalam satu surat yang dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan Belia oleh Setiausaha Agung MAYC ( yang sudah dibatalkan) Syed Abdul Rahman bin Tuan Kuning, beliau memohon untuk dilanjutkan tarikh MAT untuk menyelesaikan peralihan harta daripada MAYC di bawah ROS kepada MAYC di bawah ROY. Sementara itu beliau juga menyatakan bahwa MAYC sedang berusaha untuk memindahkan semua harta kepada Yayasan MAYC yang sedia ada.

Ini semua adalah alasan-alasan yang direka oleh saorang yang tidak faham dengan peraturan sedia ada terutama sekali perlembagaan MAYC yang jelas menyatakan bahwa ( Fasal 30.4) harta tak alih milikan MAYC Kebangsaan, MAYC Negeri dan MAYC Kawasan hendaklah dipegang dan didaftar atas nama Pemegang Amanah. Soalnya sekarang apakah ada satu badan Pemegang Amanah yang disebutkan itu.

Apa pun alasan yang boleh diberikan oleh MAYC Kebangsaan adalah alasan yang bodoh dan tidak boleh diterima undang-undang dan akal fikiran anggota-anggota MAYC yang lebih bijak dari mereka.

Sama-samalah kita berdoa dan mengambil langkah agar MAYC dapat diselamatkan dari perbuatan mereka ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: