LAWATAN KE TANJUNG PIAI

Atas permintaan Datuk Nasir Safar, Naib Presiden KVMM, satu pasukan kajian telah membuat lawatan ke Tanjung Piai, 45 minit dari Johor Bahru. Diketuai oleh Taib Wahab, Setiausaha Kelab dan Saiful Adli, Pengerusi MAYC Pulai, pasukan ini telah meninjau keadaan “wetland” disekitar Tanjung Piai yang merupakan 25% dari daerah Wetland di seluruh Malaysia.

Lawatan hari ini juga untuk mengenal pasti sebuah tapak tanah yang hendak dipohon oleh KVMM untuk digunakan bagi pusat pembangunan belia dan kerja-kerja pemuliharaan alam semula jadi dikawasan tersebut.

YAB Menteri Besar Johor di Majlis Wacana Kepimpinan baru-baru ini telah berjanji untuk memberi pertimbangkan sebarang permohonan tanah di Johor untuk kegunaan MAYC.

Dimesyuarat KVMM baru-baru ini telah dipersetujukan untuk memohon tanah ini di Johor bagi kegunaan pusat sumber alam sekitar, perkampongan buku, pusat latihan kepimpinan dan team building serta pusat bimbingan bagi projek community based tourism (CBT).

Pasukan kajian ini telah mengenalpasti beberapa kawasan yang boleh dipohon untuk tujuan ini yang bersebelahan dengan kawasan wetland ini dan mempunyai akses yang baik bagi tujuan pengangkutan.

Satu permohonan resmi bersama dengan kertas cadangan permulaan akan di kemukakan kepada Kerajaan Negeri Johor tidak lama lagi. Pasukan kajian ini akan berunding dengan Jabatan Taman Negara Johor untuk mendapatkan kaedah terbaik bagi memohon tanah Kerajaan Johor yang berhampiran sekali dengan Taman Negara Tajung Piai, iaitu tempat yang paling selatan sekali di benua Asia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: