WARGA EMAS

Sebelum kita membuat definasi VETERAN MAYC perlu kita fahami definisi Warga Emas

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

Bagaimana pula dengan anggota belia yang sudah berumur lebih dari 40 tahun. Tentunya tidak termasuk dalam gulungan ini.

Kemudahan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

•Bantuan Kewangan
•Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
•Pusat Jagaan Harian Warga Emas
•Unit Penyayang Warga Emas

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Kelayakan. Mereka mestilah berumur 60 tahun ke atas;tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)

•Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
•Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

Perkhidmatan Institusi juga disediakan saperti

•Rumah Seri Kenangan (RSK)

•Rumah Ehsan (RE)

Sambutan Hari Warga Tua Kebangsaan diadakan pada tiap-tiap tahun yang dipanggil Hari Warga Tua Kebangsaan

Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Tua Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Tua Kebangsaan.

Fakta diatas boleh digunakan untuk mencari definasi Veteran MAYC. Sila berikan komen anda untuk kita membuat rumusan. Terima kasih.

One Response

  1. artikelnya ok , suka aku membacanya , skedul updatenya di sertakan ya biar lebih ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: