MEMIMPIN BELIA UNTUK MASA DEPAN

MAYC merupakan pertubuhan induk kepada ratusan  buah kelab belia di negara ini yang juga berperanan penting dalam pembangunan belia. Peranan pertubuhan belia tidak dapat dinafikan keberkesanannya membawa arus pembangunan samada di kawasan bandar ataupun di ceruk-ceruk kampung. Ini kerana pertubuhan belia termasuk kelab-kelab MAYC ada di mana-mana.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, golongan belia menjadi penentu kejayaan kerajaan. Oleh itu  peranan pertubuhan belia harus dibincangkan secara serius agar masyarakat tidak memandang rendah peranan mereka dalam pembangunan negara. Peranan ini juga akan dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya mereka terlibat sama dalam pergerakan belia.

KVMM  juga berharap pada mesyuarat tergempar esok  akan membincangkan masa depan MAYC dan  juga beberapa isu berkaitan belia harus dikupas dan diperhalusi seperti gejala-gejala sosial yang semakin menghantui masyarakat kita. Tetapi isu-isu ini hendaklah dibincangkan dari sudut yang lebih positif. Jangan dilihat gejala-gejala ini sebagai gejala golongan belia semata-mata tetapi hendaklah sebagai gejala bersama yang harus kita banteras.

Mesyuarat ini boleh dijadikan medan bagi pemimpin-pemimpin MAYC, lama dan baru, untuk mengajak belia lain bagi menganggotai pergerakan ini  yang ternyata boleh memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.

Sumbangan yang dibuat dalam pertubuhan belia  seharusnya juga disalurkan untuk faedah masyarakat supaya pergerakan belia sentiasa mampu menggerakkan kekuatan mereka sehinggalah ke akar umbi bagi menjamin kekuatan negara. MAYC  selaku badan induk kelab-kelab belia negara telah menyahut seruan semua Perdana Menteri dengan merancang beberapa program yang berteraskan pembangunan modal insan bagi merealisasikan misi nasional.

Ramai pemimpin UMNO dan Ketua Kerajaan pada hari ini dilahir dan dilatih di dalam pergerakan belia. Mereka pada suatu ketika dahulu merupakan pemimpin dalam pergerakan belia nasional. Sebagai contoh, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan mantan Naib Presiden MAYC. Tengku Razaliegh Hamzah pernah menjadi Bendahari MAYC,  Tan Sri Sanusi Junid  pernah menjadi Menteri Besar Kedah dan Menteri Kabinet  juga dilahirkan dalam pergerakan belia.  Mereka telah banyak menyumbang jasa bakti dalam pergerakan belia.

Kerajaan dan  MAYC  harus melihat masalah kepupusan kepimpinan di kalangan anak muda sebagai satu masalah yang perlu diberi tumpuan. Kepupusan ini semakin hari semakin meruncing disebabkan arus kemodenan yang lebih berteraskan materialistik. Kini anak-anak muda lebih suka bergiat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan suka menyendiri di komputer masing-masing. Dengan pengenalan teknologi yang terkini, anak-anak muda tidak suka bersosial dengan masyarakat luar. Kerajaan melalui agensinya harus menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan pembangunan insan dalam pertubuhan belia mencapai kejayaan seterusnya dapat melahirkan usahawan belia atau pun ahli akademik yang dihormati oleh masyarakat.  KVMM amat berharap agar pertubuhan belia dibantu dengan pembiayaan kewangan yang diperlukan bagi membiayaai program-program serta pentadbiran pertubuhan. Agak mustahil untuk menggerakkan golongan belia tanpa bantuan kewangan yang mencukupi di zaman serba moden ini.

Bantuan kewangan ini bukanlah satu pembaziran kepada negara. Malah kita kena lihat dari  sejarah yang akan berulang kembali kerana nama-nama besar dalam kerajaan masa depan mungkin akan lahir di kalangan ahli pertubuhan belia hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: