INFOBELIA

Bimbang dengan gejala sosial membabitkan golongan belia terutama remaja kian meruncing, kerajaan Negeri Sembilan telah mewujudkan sistem infobelia sebagai saluran berkesan untuk memberi peluang menyuarakan pandangan mengenai kepentingan dan masa depan mereka.

Sistem itu yang dikendalikan sekretariat belia di Wisma Negeri, membolehkan semua golongan belia memberikan pandangan terhadap sesuatu isu yang kemudiannya membolehkan kerajaan negeri menelitinya sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Malah, semua maklumat yang dipaparkan dalam informasi berkenaan diteliti sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebelum mengarahkan agensi atau jabatan berkaitan bertindak.

Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim, berkata sehingga kini sistem berkenaan berfungsi dengan baik dan membantu Menteri Besar mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan belia di negeri ini.

Beliau berkata, sehingga kini sistem berkenaan sudah menerima lebih 50,000 pandangan daripada belia pelbagai peringkat termasuk mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan langkah menangani permasalahan gejala sosial remaja.

“Sistem ini dilihat amat berkesan kerana mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 50,000 belia sudah menggunakannya.

“Mereka berpeluang menyalurkan pendapat, cadangan dan komen kepada Menteri Besar mengenai apa juga isu belia demi kepentingan dan masa depan mereka,” katanya selepas Mohamad melancarkan sistem itu di Wisma Negeri.

Menurutnya, belia juga boleh menghantar maklumat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan cara menaip MBNS dan hantar ke 067642000.

Ini adalah contoh yang amat baik yang boleh dilaksanakan dinegeri-negeri lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: