IBRAHIM ALI GASAK KHAIRY JAMALUDDIN

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seorang pemimpin muda yang `caca-marba dan dianggap perosak parti selain memalukan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, rakyat dapat menilai sendiri siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya petualang. KJ (Khairy) adalah seorang pemimpin yang syok sendiri, naik dan kaya kerana bertenggek dan diramal mempunyai masa depan yang muram…. orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri, malah tidak malu pada diri sendiri, katanya mengulas tindakan Khairy menarik balik perkataan `jaguh kampung yang diberi kepada Ibrahim, sebaliknya menggantikannya dengan `gedebe politik.

Selain enggan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkan sebagai penghalang konsep 1Malaysia, Khairy dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas selama ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap Ibrahim yang disifatkan sebagai penyibuk selepas Khairy mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ibrahim turut memperjelaskan makna `gedebe politik yang dirujuk sebagai samseng politik oleh Khairy itu sebenarnya merujuk kepada sikap berani dan tidak pernah takut.

Katanya, gelaran `gedebe politik diberikan selang sehari selepas menerima gelaran `jaguh kampung menjadikan beliau sebagai jaguh kampung berani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: