MAYC KEBANGSAAN TIDAK LAGI SAH

Kerana tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan selama lima tahun berturut-turut, Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Kelab Veteran MAYC menggangap MAYC Kebangsaan tidak lagi sah dan tidak berupaya lagi menaja penubuhan MAYC dibawah Pendaftar Belia yang baru. Dibawah Akta Belia yang baru hanya belia-belia dibawah umur 40 tahun sahaja yang layak menjadi anggota MAYC. Beliau [...]

WACANA KEPIMPINAN

Seramai 1000 orang terdiri dari veteran MAYC, Pergerakan pemuda Bahagian Pasir Gudang dan pemimpin NGO tempatan telah hadir di Wacana Kepimpinan Sabtu 29 Mei 2010 di Hotel M Suites untuk mendengar amanat YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Majlis dianjurkan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gubang dan telah dibiayai sepenuhnya [...]

KAD VETERAN DILANCARKAN

KAD VETERAN telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu perjumpaan Sabtu 29 Mei 2010 di Hotel M Suites, Johor Bahru. Tun juga menjadi pemegang Kad nombor satu sebagai ahli Veteran MAYC. Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Kelab Veteran adalah pemegang kad nombor dua. Tan Sri Sanusi telah menyampaikan kad tersebut kepada Tun [...]

KELAB VETERAN DIRESMIKAN

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dan juga Veteran MAYC telah melancarkan penubuhan Kelab Veteran MAYC Malaysia pada Sabtu 29 Mei 2010 jam 10.30 pagi di M Suites Hotel, Johor Bahru dengan dihadiri lebih 1000 orang. Turut hadir di majlis tersebut adalah YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, beberapa orang [...]

AWANG AHMAD MENINGGAL

Veteran MAYC dari Kedah Dato’ Dr Awang Ahmad Sulaiman telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 3 petang tadi. Beliau diberitakan telah sakit sejak beberapa bulan yang lalu. Beliau adalah seorang pemimpin MAYC di perengkat kebangsaan yang amat kuat menyuarakan masalah belia dan telah menyertai perhimpunan belia bukan sahaja di Malaysia malah diluar negara. Pemergian Awang Ahmad [...]

VETERAN MAYC PERAK

Seramai 120 orang telah hadir di Wacana Tokoh Pemikir Belia di Ipoh pada jam 4.30 petang Sabtu 21hb Mei 2010 di Hotel Seri Malaysia. Presiden Kelab Tan Sri Sanusi Junid telah berucap mengenai perjalanan pergerakan MAYC sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1954. Katanya, MAYC adalah satu-satunya pergerakan belia yang amat mendukung Gagasan 1Malaysia. Keahlinya juga [...]

CADANGAN DUA BANK BARU

Presiden Kelab, Tan Sri Sanusi Junid telah mencadangkan penubuhan sebuah bank baru untuk membantu peniaga Melayu mendapatkan mirco credit. Bercakap di Konvesyen Keusahawanan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Sabtu lalu, Tan Sri Sanusi mencadangkan bank tersebut boleh dinamakan BANK MODEL EKONOMI BARU atau BANK 1MALAYSIA. Butir-butir lanjut mengenai cadangan ini boleh didapati di www.sanusijunid.blogspot.com

BERSAMA YAB TUN DR MAHATHIR DI JOHOR BAHRU

Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir telah bersetuju untuk berucap di satu perjumpaan pada Sabtu 29hb Mei 2010 jam 10.00 pagi di Hotel M Suite, Johor Bahru. Tema ucapan Tun adalah ” Cabaran Kepimpinan Dalam Gagasan 1Malaysia” Seramai 1000 orang ahli-ahli MAYC dan Veteran Johor dijangka akan hadir untuk mendengar amat Tun. Majlis ini di [...]

WACANA TOKOH

Presiden Kelab Tan Sri Sanusi akan berucap di Ipoh pada Jumaat 21hb Mei 2010 jam 4.00 petang di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Majlis ini di anjurkan bersama oleh MAYC Perak dan Kelab Veteran dalam rangka lawatan Presiden ke negeri-negeri. Semua ahli-ahli MAYC dan Veteran dipersilakan hadir. Semua pertanyaan mengeni perjumpaan ini boleh ditujukan kepada Sdr [...]

JOHAR RUSI STABIL

Kelab telah diberi tahu bahwa Dato Johar Rusi telah beransur pulih dan stabil. Beliau tidak lagi dikenakan dengan alat-alat penafasan. Walau bagaimana pun masih lagi dirawat di hospital. Sama-samalah kita doakan beliau cepat sembuh.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.